Sunday, September 25, 2011

Gigi


Balik dari kerja suatu hari, Nu'man tunjuk pada saya giginya. Anak ini yang waktu itu baru 9 tahun membuka mulutnya. Saya menjerit, kerana terkejut yang amat, dan rasa sedih bercampur baur. Apa tidaknya, gigi hadapannya yang cantik, putih dan baru masuk 2 tahun tumbuhnya itu telah patah! 2 batang gigi kapak kekal itu saya tengok telah patah serong. Kedua-duanya sekali! Saya terus ke doktor gigi supaya doktor boleh menilai sejauh mana gigi itu boleh dibetulkan. (Dalam hati berdoa supaya semuanya ok)

Itulah mulanya perjalanan ujian gigi Nu'man. Akibat dari jatuh tersembam di sekolah, 2 gigi itu telah patah serong. Hentakan yang kuat bukan saja menyebabkan ianya patah, rupa-rupanya akar gigi yang baru nak berkembang itu telah rosak. Hati saya menangis waktu itu. Menangis yang saya tak dapat tunjukkan padanya. Doktor Rusman menenangkan hati saya sedikit waktu itu, dengan menyebut ianya boleh dibetulkan. Tapi bagaimana dan berapa lama dia sendiri tak pasti. Setelah ditampal dan kelihatan macam gigi asal, kami balik ke rumah. Baberapa hari selepas itu, dia mula kesakitan. Gigi yang ditampal itu terasa sakit. Saya bawak semula dia ke doktor. Rupanya gegaran hentakan membuatkan akarnya rosak dan renggang. Dah berlaku infection. Hendak tak hendak terpaksa lah satu dari 2 gigi itu ditebuk untuk menghilangkan rasa sakit dan ubat tahan sakit yang diberi lebih berkesan. Gigi itu dah bernanah dan doktor cuci hingga bersih. Saya kena bawa dia ke doktor semula selepas seminggu.

Begitulah ujiannya. Ia bukan berakhir di situ saja. Gigi itu selalu saja sakit dan kena infection yang akhirnya doktor membuat keputusan yang rawatan akar(root canal treament) terpaksa dibuat. Maka bermulalah proses root canal. Setiap kali datang gigi dicuci bersih2 dan balik. Berkali-kali. Sampai masa hendak dibuat, doktor dapati ada masalah besar. Waktu itu 2 tahun dah berlalu sejak gigi itu patah. Akar gigi baru itu rupanya belum cukup berkembang dan lubang sarafnya agak besar. Susah untuk dibuat rawatan akar. Tapi doktor kata boleh cuba. Hati saya tenang sikit.

Proses rawatan akar bukan sekejap. Doktor dapati salah satu gigi tersebut dah pun mati. Akarnya rosak habis. Dan doktor kata lama-lama gigi itu akan jadi hitam. Tapi doktor teruskan juga dengan rawatan akar.

Setelah beberapa minggu rawatan akar selesai. Saya rasa lega. Anak itu pun nampak lega. Dia memang anak yang sabar. Tidak pernah mengaduh sakit waktu mengadap doktor gigi. Dia pun dah besar, tahun itu tahun UPSRnya. Tup-tup selepas UPSR, gigi itu sakit semula. Saya rasa pelik. Sebab dah buat rawatan akar sepatutnya susah nak sakit. Bergegas ke doktor lagi. Bila dibelek ditengok, rupanya rawatan gigi itu bermasalah. Mungkin kerana akarnya belum tertutup habis, rawatan itu kurang berjaya. Dan masih terkena infection. Doktor pun jadi serba salah. Option mencabut gigi itu adalah option terakhir. Dia masih budak lagi, takkan nak pakai gigi palsu. Lalu doktor Rusman pun 'melepaskan' kami. Kami diminta merujuk specialist untuk decide apakah langkah seterusnya.

Bayangkan specialist gigi. Rawatan biasa sahaja pun dah mahal. Inikan pula nak ke specialist. Saya talipon rakan doktor gigi kerajaan, untuk maklumat specialist kerajaan. Alhamdulillah, rakan mencadangkan specialist di klinik Jln Tanglin.

Dengan surat rujukan doktor, saya bawa dia ke klinik kerajaan Jln Tanglin. Klinik yang tenang dan damai bersebelahan Muzium Kesenian Islam itu menyejukkan hati. Biasalah klinik kerajaan, pemeriksaannya bermula dari A semula walau pun surat rujukan dah dibawa. Bagusnya ialah doktor akan nampak apa masalah dari awal. Pemeriksaan sungguh terperinci, x ray dan x ray dan x ray dalam masa beberapa kali kunjungan. Tapi mesti ikut masa yang ditetapkan. Kadang2 pagi, kadang2 petang. Kebanyakkanbya memang petang sekitar pukul 3. Pernah sekali kami terlambat setengah jam kerana jem, appointment terbatal dan ditunda ke hari lain. Frust betul. Tapi itulah klinik kerajaan. Alhamdulillah kosnya memang hampir tiada. Budak sekolah hanya bayar seringgit. Tapi prosesnya sangat lama. Kena pergi berulang kali. Selang 2 minggu atau sebulan. Saya terpaksa berkejar dari tempat kerja dengan izin Pengetua, ambil anak di Tadika dan terus bawa Nu'man ke klinik. Queue jumpa specialist memang panjang. Kalau miss satu appointment, kena tolak ke hari lain mungkin sebulan lagi. Bila dah terkena sekali memang serik.

Alhamdulillah, doktor tau masalahnya dan didapati root canal sebelum ini, terlebih tusuk ke dalam yang menyebabkan gigi itu sakit. Doktor cuci gigi dan balik. Next appointment cuci lagi dan balik. Kemudian keluarkan root canal yang lama untuk satu gigi dulu. Nu'man kata macam lega, takde rasa berat pada gigi. Kemudian cuci lagi, dan balik. Berulang kali dari tahun lepas hinggalah sekarang. Sebelah gigi dah pun selesai, rawatan root canal yang baru. Doktor kata lubang akarnya dah tertutup. Sebelah lagi masih dalam proses. Ada masalah sikit sebab untuk keluarkan root canal lama, tak dapat dikeluar semua. Baru separuh. So next appointment kami ialah November nanti.

Nampaknya berulang alik lagi lah saya ke klinik di Tanglin. Entahlah sampai bila.Allah beri ujian saya begini. Dia saja yang tau bagaimana susahnya bekerja, berkejar mengurus anak. Macam-macam hal. Kawan2 rapat memang dah faham kelam kabut rutin saya. Orang tak tau memang tak tau. Memang ingat saya keluar dari sekolah entah pergi ke mana, entah balik rumah berehat..Tidak sama sekali... Penatnya Allah saja yang tau..

Anak ini dah Tingkatan 1, dah mula rasa conscious giginya yang dah mula lebam. Tapi saya kena tunggu rawatan akar/root canal selesai barulah nak hilangkan lebam gigi...Hmm, entah berapa lama lagilah ni....Ya Allah permudahkanlah...