Lama blog ini tidak dikemaskini. Macam biasa bila dah lama dibiar, nak mula menulis semula agak payah. Bukan sebab dah lupa nak menulis macamana, cuma tak tau di mana nak mula. Banyak cerita dan rasa, tapi terlampau banyak.
Bulan Ramadhan ni macam biasa teringat abah di selatan tanah air yang 'keseorangan'. Walau pun duduk di rumah berdua, dia macam bersendirian. Isterinya (mak tiri saya), mengidap Alzheimer. Alzheimer ialah satu penyakit nyanyuk-lupa atau 'senile - dementia' yang dialami oleh sesetengah orang2 tua, selalunya yang berumur 65 tahun ke atas. Biasanya simtom awal tidak dapat dikesan, tetapi tanda2nya ada. Mula2 bertekak dengan abah pasal letak duduk barang, seperti kunci rumah, jarum benang, pinggan mangkuk, barang2 memasak dan sebagainya. Lama kelamaan, bila penyakit ini sampai ke tahap advance seperti yang dialaminya sekarang, dia dah jadi lebih keliru.Percakapannya tidak difahami, dia seperti mahukan sesuatu tetapi tiada perkataan betul yang keluar dari mulutnya. Hanyalah 'mumbling of words'. Badannya jadi terlampau kurus, hanya tinggal kulit dan tulang. Makannya kadang2 lupa, dan jadi cerewet dan memilih.
Siapa yang menjaga dia? Abah. Full stop. Tiada orang lain. Kesabaran abah diuji Allah lebih jauh lagi dengan penyakit ini. Terpaksa menjaga seorang yang lupa. Yang Alzheimer.Abah yang lebih memahami dia.
Mungkin ada orang yang tertanya2 kenapa anak2 tidak membantu? Ceritanya bukan pendek. Cuma Ramadhan ini doa yang banyak ialah untuk abah. Semoga Allah memberi abah ganjaran yang berlipat2 kali ganda kerana kesabaran dan kemuliaan hatinya. Biarlah Allah ringankan beban yang ditanggungnya. Janganlah ada masalah lain pula yang menimpa abah. Biar Allah berikan kesihatan yang baik untuk abah walau pun tinggal berbaki sedikit(abah ada sakit jantung, darah tinggi, gout,etc etc). Adik2 semua pun, doalah untuk abah. Ramadhan bulan yang kaya dengan keampunan, keberkatan, dan doa orang yang berpuasa dimakbulkan Allah. Jangan putus berdoa untuk abah...
1 comments:
Semoga abah tabah menghadapi ujian hidup. Sihat2 selalu hendaknya.
Post a Comment